Aku seorang yang memakai cermin mata, dalam kata lain, rabun atau tidak dapat melihat dengan jelas.
Memang jadi tidak selesa bila pandangan jadi kabur. Nikmat penglihatan seolah-olah ditarik Allah. Bukanlah kerana Dia tidak sayang hambaNya, tapi
sekadar untuk menguji.
Sewaktu berbual dengan pegawai JPJ yang menguji aku pemanduanku di jalan raya, dia ada
menyarankanku untuk membaca sepotong ayat,
katanya, untuk mengurangkan rabun.
Ayatnya berbunyi:
لَّقَدۡ كُنتَ فِى غَفۡلَةٍ۬ مِّنۡ هَـٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬
" Sesungguhnya kamu dalam kelalaian daripada (hal) ini, maka Kami (Allah) singkapkan dari pada kamu tutupan, maka penglihatan kamu pada hari itu amat tajam. "(Sila rujuk ayat 22, surah Qaf)
Setiap pagi, sebaik bangun tidur, basuh muka, dan gosok kedua belah mata sambil membaca ayat ini. Cuba amalkan setiap pagi.
Tokok pegawai JPJ, dulu dia seorang yang rabun, tapi tidak perlu lagi bergantung pada cermin mata untuk melihat setelah mengamalkan ayat pendek ini. Ayah aku, umurnya sudah hampir mencecah 80 tahun, matanya tidak kabur, memakai cermin mata, apatah lagi.
Jadi, kalian yang rabun, bolehla mencuba. Kalau tidak ada perubahan, jangan melenting. Mencubanya tidak perlu sesen modal , kalau tidak dapat penglihatan yang jelas pun, setidak-tidaknya kita dapat pahala bertilawah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan